SUMBANGAN/TAJAAN BERSAMA


Kami tampil dengan idea untuk menjadikan sasaran peserta bagi pengisian cuti sekolah sesi 2011 ini di khaskan kepada anak yatim dan miskin. Kebanyakan anak-anak daripada golongan ini sangat jarang berpeluang menyertai program motivasi cuti sekolah ekoran masalah kesempitan hidup.

Kita juga tidak boleh menafikan mereka untuk mendapatkan pengisian yang baik sempena cuti sekolah. Di atas kesedaran itu, kami berhasrat untuk mewujudkan program tersebut berdasarkan pengalaman dan kepakaran pasukan kami. Kami amat berbesar hati untuk menjemput pihak tuan untuk bersama-sama menjadi penyumbang dan penaja bersama bagi merealisasikan hasrat ini.

Semoga dengan usaha kecil dan keperihatinan ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada kita dalam pembangunan insaniah anak bangsa. Mudah-mudahan hasil usaha ini menjadi ibadah yang berpanjangan di sisi Allah.

Hubungi Puan Dhia di 
012-980 7137 atau 03-3120 1484(waktu pejabat)

klik sini untuk maklumat ringkas program 


Isi masa terluang anda dengan program kami!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...