PROFAIL


 
PENGENALAN

Anak Soleh Training & Consultancy adalah organisasi baru yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) dengan nombor pendaftaran SA0202451-D.

Syarikat milik Bumiputera ini menyediakan khidmat pengurusan acara, kursus motivasi, mengendalikan bengkel dan kelas bimbingan terbuka kepada masyarakat dan khususnya generasi muda mahupun kanak-kanak yang sedang meningkat remaja.

Sungguhpun baru mendaftarkan diri sebagai Anak Soleh Training & Consultancy, kami sebelum ini telahpun melalui pengalaman dalam penglibatan aktiviti ceramah dan motivasi di sekolah, jabatan kerajaan dan swasta, masjid dan surau mahupun stesen TV tempatan hampir 10 tahun. Oleh demikian, kami membina satu organisasi di bawah nama Anak Soleh Training & Consultancy bagi mencapai matlamat yang lebih jitu dan telus.


OBJEKTIF

Mengadakan SIRI motivasi yang menyentuh hati kepada golongan remaja dan kanak-kanak yang sedang meningkat usia sebagai suatu pesanan buat diri sendiri serta keluarga mahupun masyarakat sekeliling agar senantiasa berada dalam landasan syariat Allah seterusnya memastikan syariat Allah senantiasa diutamakan dalam kehidupan seharian.

MATLAMAT

1.      1.Menanamkan rasa cinta yang ama tinggi dalam jiwa remaja kepada Allah dan Para Rasulnya.

2.    2.Melahirkan remaja dan generasi yang senantiasa kuat menempuh cabaran untuk kekal beriman dan bertaqwa.


KONSEP PERLAKSANAAN

SIRI ceramah/motivasi akan diadakan dalam suasana pendidikan secara santai & fleksibel. Remaja akan di dedahkan dengan cara belajar, memahami dan menyampaikan sesuatu mengikut fitrah manusia. Aktiviti ceramah/motivasi akan diselangselikan dengan pelbagai aktiviti tambahan lain yang akan turut memberi manfaat dan mencapai matlamat program.


TAJUK MODUL MOTIVASI

1) Solat Membina Peribadi Agung
2) Bina Kecemerlangan Melalui Solat 
3) Aku Dan Kematian 
4) Anak Soleh, Orang Berjiwa Besar
5) Idolaku Dalam Hidupku
6) Mengapa Aku Disini 
7) Aku Dlahirkan Dengan Sempurna
8) Kepada Allah Aku Akan Kembali
9) Kepimpinan Bermula Dari Bangku Sekolah
10Remaja Hari Ini, Pemimpin Hari Esok

**Sebarang modul/tajuk lain yang boleh dirunding.

PENGENDALI PENGURUSAN ACARA seperti :
1) Majlis Reunion
2) Program Lawatan Sambil Belajar
3) Majlis Sambutan Hari Lahir
dan lain-lain

Isi masa terluang anda dengan program kami!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...